Thursday, September 25, 2014

Bila Rasa Susah...


Salam... Uncle dapat ni samada dalam satu majalah atau pun masa hadir bengkel. Tak ingat. Yang Uncle punya tu rekabentuknya posterlah. Yang ini dah dicompress sikit bentuknya. Nak scan poster tu terkoyak sikit. Ambil yang ini sajalah.

Bagus kandungannya, hasil kerja ProductiveMuslim.com.

Inshaa Allah bermanfaat...

Thursday, September 18, 2014

Epilog Seorang Manusia

Dalam perjalanan pagi ini memandu ke pejabat, sempat mendengar siaran radio IKIM.fm. Terdengar sebuah lagu yang sangat menarik dan jujur bagi uncle. Memang pertama kali dengar ni. Jadi di sini uncle kongsikan bersama dengan lirik lagu tersebut untuk dihayati bersama.

Lagu versi "unplugged" ni.

Uncle kongsi video la terus. Tengah belajar embed lagu di blog.



Epilog Seorang Manusia - Fitri's Clique

Kadangkala kita rasa diguna
Demi kepentingan mereka
Kadangkala kita rasa terhina
Rasa kerdilnya di dunia rasa bersendirian

Biarkan kita rasa susah
Jangan biar kita susahkan mereka
Terbitkan keikhlasan hati
Walau kita tak pernah dihargai 

Kehidupan diibarat roda
Yang berputar-putar mencari destinasi
Oh langit tak selalu cerah
Tak selalu mendung
Senyumlah sentiasa
Jangan sedih

Ada yang rasa diri hebat
Jalan dongak ke langit
Pandangan semua orang salah
Dia saja yang betul
Megah berkata-kata
Namun kosong bicara

Astaghfirullahaladzim

Wednesday, September 17, 2014

Hari Malaysia...

Selamat Hari Malaysia! Mari kekalkan perpaduan dan keharmonian antara kita.

Semalam luangkan masa bersama keluarga, tak menulis apa-apa. Jadi hari ini kita menulis kembali.

Malam tadi sempena menyambut Hari Malaysia, saluran TV3 menayangkan sebuah telefilem berjudul "Kereta Kita". Filem yang menerapkan banyak mesej-mesej baik dibarisi pelakon Zamarul Hisyam, Nadia Aqilah, Amyra Rosli dan kemunculan istimewa Dato' Rahim Razali. Filem arahan Feroz Kader yang layak diberi tabik hormat kerana sentuhan yang sangat berkesan. Tema utama berkenaan kereta Nasional pertama, Proton Saga dan bagaimana ia menyentuh hidup masyarakat kita.

Satu petikan yang saya berminat untuk berkongsi pada hari ini, pada babak selepas anak sulung mereka menerima keputusan SPM yang cemerlang. Ayahnya memberi pesanan kepada sang anak.

"Along, ingat pesan Abah. Walau sejauh mana kita pergi, walau setinggi mana jawatan kita, jangan kita lupa dari mana kita datang. Jangan kita sombong dengan orang. Jangan kita lupa tanggungjawab kita pada orang sekeliling."

Lebih kurang begitu intipatinya. Sangat bermakna untuk diingati dan diingatkan.

..........

Zaman sekarang, berapa ramai ibu bapa yang akan berpesan sebegini kepada anak-anak? Yang akan memberikan kata-kata azimat, penawar yang akan membentuk peribadi anak itu yang terbaik?

Sedih bila mengenangkan, ramai anak-anak zaman sekarang tak tahu pun berterima kasih, tak tahu menghormati orang apalagi orang lebih tua. Cakap pun sangat kurang budi bahasanya.



Be awesome

Selamat hari Rabu.

Share wallpaper dengan kata-kata "awesome" daripada Barney Stinson (HIMYM).

Thursday, September 11, 2014

Rise and Shine

Amni Nadzifah is an early riser, a morning person.
Nyanyian dia di pagi hari ni.
"Mama Adik nak kasi..nak kasi..nak kasi.. Mama Adik nak kasi..nak kasi..nak kasi.."
"Kasi apa Adik?"
"Kasi miau makan."
Abang Afif lepas mandi awal pagi ni, pilih baju sendiri macam nak pegi jalan-jalan.
Pagi di mana putera dan puteriku bangun awal. Tak perlu dukung ke dalam kereta.

(^!^)

Wednesday, September 10, 2014

Siakap Senohong...

Pesan orang tua...
"Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri"
Maknanya perbuatan buruk kalau tak dibendung akan jadi lebih buruk. Jahat akan jadi lebih jahat. Orang putih kata "from bad to worse".
"Titir duri selar belacak
Dari kecil mencuri dah besar merompak"
Bendunglah perilaku negatif pada anak-anak kecil. Tanamkan nilai-nilai yang baik.
Inshaa Allah...

Tuesday, September 09, 2014

Berbuat Baik...

Bismillah...
Daripada pemerhatian saya, orang yang tidak biasa kebaikan berlaku ke atas mereka agak cuak (gusar/risau) untuk menerima kebaikan yang ditawarkan kepada mereka. Apatah lagi apabila yang menawarkan kebaikan itu adalah orang yang tidak dikenali.
Contoh mudah;
Ada orang yang cuak untuk menerima pelawaan ditumpangkan menaiki kenderaan oleh pemandu yang melihat beliau/mereka berjalan di tengah panas terik untuk menuju sesuatu destinasi.
Ada orang yang cuak apabila orang asing menawarkan bantuan untuk menjalankan sesuatu masalah atau pekerjaan kerana ternampak perit jerih beliau.
Ada anak kecil pemungut derma yang cuak untuk menerima pelawaan Hamba Allah yang baik hati untuk duduk makan bersama, atau sekadar minum melepaskan dahaga kerana Hamba Allah itu terlihat kepenatan di wajah anak itu.
.....
Perasaan "cuak" ini lazimnya berpunca daripada banyaknya keburukan dan kejahatan yang berlaku di persekitaran kita, sehinggakan untuk menerima sedikit bantuan daripada orang sekeliling juga perlu ditimbangtara sehabisnya.
Terkenang mesej di dalam filem Pay It Forward, lakonan Haley Joel Osment.
Saya biasa berjalan sendirian dengan 2 anak kecil berusia 4 tahun dan 2 tahun. Sulit juga bila membawa troli berisi barangan dengan anak-anak ini, dan seorang ingin ke tandas. Kerana saya percaya masyarakat kita masih masyarakat prihatin, saya mohon bantuan seseorang di situ untuk tengokkan troli barangan saya sementara saya membawa kedua-dua anak ke tandas.
Hakikatnya, saya masih tidak seberani untuk menitipkan salah seorang anak kepada orang asing sementara saya membawa seorang ke tandas.
Saya pernah meninggalkan kunci kereta saya pada seorang gadis pekerja kedai barangan di lapangan terbang, untuk diambil kunci itu oleh seorang kawan yang akan membawa pulang kereta saya.
Saya impikan dunia di mana kita tidak perlu cuak...
Inshaa Allah... Wallahu'alam...

Monday, September 08, 2014

Waze? Wes?

Hari ini terserempak dengan sekatan jalan oleh JPJ semasa keluar dari stesen kerja luar menghala pulang ke pejabat. Di lokasi itulah juga pernah disaman kerana tidak memasang tali keledar.
Teringat seorang kawan yang menggunakan aplikasi Waze untuk panduan jalan. Beliau mengajar saya bahawa pengguna Waze boleh melaporkan di mana ada sekatan jalanraya oleh pihak berkuasa, atau dalam bahasa mudah di mana ada bapak Polisi.
Jahilnya saya baru tahu. Rupanya juga Waze itu dah seperti permainan. Lebih banyak yang di"sumbang" lebih mata dikumpul.
Tapi bila saya fikir semula...
Kalau sudah sekatan jalanraya pun boleh dilaporkan untuk makluman semua pengguna Waze, bapak Polisi dan JPJ memang kena tutup kedai awallah. Kalau ramai yang gunakan Waze, ramailah yang sudah tahu lokasi sekatan.
Orang yang melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang jalanraya boleh mengelak jalan tersebut.
Penyeludup yang membawa muatan barangan terlarang boleh melencong ke jalan lain.
Ahli kongsi gelap boleh pusing balik untuk mengelak ditahan.
Penculik dan pengedar dadah boleh mengelakkan sekatan jalanraya tersebut.
.....
Sangat berguna Waze ini. Kalau saya gunakan dulu, mungkin saya dapat elakkan disaman tidak memasang tali keledar.
p.s.: Saya masih tidak gunakan Waze. Cuma ada Google Maps untuk pandu arah bila perlu. Sudah ada Navigator juga dalam Maps itu.

Sunday, September 07, 2014

Muslim Bakery...

Kalau...saya bertanya pada hari ini, sekarang ini...
"Kenapa susah sangat nak jumpa kedai kek Islam Melayu Halal ni? Dah 2 jam saya merayau."
Jawapan yang hampir pasti saya terima adalah...
"Kedai kek Islam Melayu Halal susah nak bertahan. Orang Islam Melayu yang mementingkan Halal sendiri pun lebih suka membeli di Secret Recipe, Season, SDS, Lavender. Mereka sendiri tak menyokong kedai kek Islam Melayu Halal. Macamana nak bertahan, apa lagi bersaing?"
Benarkah? Betulkah?
Yang pasti, perhatikan struktur dan maksud ayat. Kesalahan utama diletakkan pada pembeli dan pelanggan dahulu.
Orang Kuantan, apa nama kedai kek Islam Melayu berhampiran Hotel Megaview di tepi sungai tu? Masih bertahankah? Pernah membeli kek di sana dulu. Kalau masih bertahan nak juga tahu rahsia beliau.
.....
Akhirnya, saya terpaksa berhenti mencari kek di kedai Season tak jauh dari rumah.
p.s.: Saya tidak mempertikaikan status HALAL kedai-kedai yang saya sebutkan di atas yang telah diberikan oleh JAKIM. Cuma terasa nak usaha mencari kedai kek Islam Melayu Halal. Yang ada pun bertutup rapat pula hari ini. Kalau cuma hari ini.
p.s.2: Jangan suruh saya buka kedai kek Islam Melayu sendiri. Itu bukan bidang saya. Kalau ada yang nak ajak berkongsi inshaa Allah.
p.s.3: Saya mencari kedai untuk terus membeli. Memang saya tahu ada yang mengambil tempahan. Kalau benda dirancang memang saya boleh buat tempahan dahulu.

Friday, September 05, 2014

Dakwah @ Hiburan?

Bismillahirrahmanirrahim...
Terlebih dahulu saya mohon maaf atas kandungan yang bakal menyusul dalam posting ini.
Secara peribadi...
Saya tidak setuju dengan konsep "Dakwah" yang dijadikan "Persembahan/Pertandingan".
Tidak terasa keikhlasan dalam mesej yang disampaikan. Tidak sampai menyentuh dan menusuk di hati.
Maafkan saya yang daif ini.
Wallahu'alam... Astaghfirullah...

Tuesday, September 02, 2014

Thursday, August 21, 2014

Bersyukur...

Nak tengok wajah kesyukuran, yang benar-benar bersyukur?
Cuba belanja sebuku roti Gardenia kepada orang yang tiap hari makan biskut kering cicah air sejuk.
Anda takkan nampak wajah itu bila belanja Nando's kepada orang yang dah biasa makan KFC.

Tuesday, August 19, 2014

Mr Arrogant...

Satu babak dalam Love You Mr Arrogant yang boleh direnungkan (bukan semua benda buruk dalam drama Melayu)...
Irham: Apsal ko ni baik sangat hah? Orang buat apa pun ko tak reti melawan ke?
(Sambil menangis teresak-esak)
Zaara: Saya dididik untuk bezakan mana baik mana yang buruk. Walau sejahat mana pun dia, dia tetap mak mertua saya.
Dah..habis post ni.

Tuesday, August 12, 2014

Robin Williams...

Today we receive news on the passing of Robin Williams, one of my favourite actor and comedian. It was reportedly a suicide. Which makes it even sadder.
For those who have yet to discover, Robin is one of many comedians who has been suffering from Bipolar Disorder. It's a psychological condition, along with OCD (Obsessive Compulsive Disorder) and Chronic Anxiety/Depression among others.
For a bipolar, they would appear to be very lively and funny in the presence of others. Jim Carrey is also a bipolar. Yeah I know what you're thinking. These are very funny people. Famous for their comics.
So look around you. People with psychological disorders need help. Some may not show distinct symptoms, such as OCD and Bipolar. Identify them, and please help them. There are clinics all around the country that you can refer to. Check with the Psychiatric unit of your nearest medical facilities.
p.s.: If you remember there was a service called Befrienders. I hope they are still operating.

Sunday, August 10, 2014

Makan...

Hari ini hari Ahad di Johor hari bekerja. Jadi saya juga di pejabat. Hari pertama bekerja selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Ya benar...saya bercuti lebih lama tahun ini. 

Awal pagi di pejabat sempat memaksa sahabat saya Khairul Azry Ahmad menemani untuk sarapan pagi, dan juga mengemaskini berita terkini. Padahal beliau nak berangkat ke Kuantan. Merayau puas-puas ya malam ni di Putra Square depan East Coast Mall.

Dalam kelekaan di pejabat, saya tidak makan tengahari. Sarapan cuma nasi lemak dan kopi O. Jadi membawa ke jam hampir 3 petang mula terasa lapar dan ingin mencari makanan. Rotilah yang paling mudah di kedai belakang pejabat. Sambil mencari makan terkenang zaman belajar. Teringat betapa "ramping"nya saya semasa belajar dahulu.

Di zaman tinggal di kampus, corak pemakanan saya tak seperti sekarang. Sangat menjadi kebiasaan sarapan dan makan tengahari adalah gabungan. Biasa dipanggil "brunch". Petang-petang makan goreng pisang (ke pisang goreng?) atau yang setaraf untuk alas perut. Malam biasanya ringkas saja dengan roti. Kalau lebih sedikit rezekinya nasi goreng atau setaraf.

1...2...3...waktu makan yang ringkas. Makan kami mewah sedikit kalau bertugas dalam kelab foto. Cuma semasa bertugas jadual makan masih kucar-kacir sampai ke tengah malam.

Bila mula bekerja, pola pemakanan lebih teratur. Sarapan pagi lebih tertib. Makan tengahari lebih lengkap. Waktu petang ada pula snek dan minum petang. Makan malam lebih tenang. Kalau bersama kawan, ada pula makan lewat malam.

1...2...3...4...5...waktu menikmati rezeki.

Berat badan bertambah sedikit. Nampak lebih sihat.

Bila bekerja di sektor awam, setiap kali mesyuarat atau acara akan ada makanan disediakan. Selain jadual makan sendiri yang itu, ditambah pula dengan sesi makan yang ini. Menu pula selalu menarik tak dapat ditolak.

Bertambahlah lagi berat badan, menjadikan yang sihat bertambah sihat.

Rezeki Allah beri. Nikmat yang mana yang kita nafikan? Adakah kita bersyukur? Wallahu'alam...

Mesti Jadi...

Orang Malaysia memang handal. Bila kita dah tetapkan hati nak buat sesuatu mesti jadi punya. 

Kita kata nak boikot produk-produk yang menyokong Israel...jadi.

Kita ramai-ramai pakat share benda buruk yang orang buat supaya dia dihukum...jadi.

Kita pakat-pakat kutip derma untuk hulurkan bantuan kepada yang memerlukan...jadi.

Jadi kan...

Jom kita pakat-pakat berhenti merokok sebab bahaya kepada kesihatan dan juga Haram...MESTI JADI.

Jom kita buat petisyen untuk gesa 7 Eleven seluruh Malaysia jangan jual minuman beralkohol (Kelantan memang tak bagi). Kasihan budak-budak Islam yang nak cari rezeki HALAL kerja di situ terpaksa jual arak...MESTI JADI.

Kalau kita tetapkan hati nak buat...MESTI JADI PUNYALAH.

Inshaa Allah...

Daftar Facebook

Berita hari ini...

Daftar akaun Facebook dengan MCMC. - Pakar 

Saya setuju. Boleh dipraktikkan dengan mekanisme yang betul. Media sosial bukan cuma buruk. Banyak juga kebaikan yang boleh diperolehi. 

Tak setuju daftar? Nak Malaysia haramkan terus Facebook macam China dan Iran? Kita beralih ke Google+. 

p.s.: Saya ada akaun RenRen China. (FB China). Ex student China buatkan suruh saya guna. Kena Google translate setiap kali masuk.

Monday, July 21, 2014

Wanita Garang...


Tersenyum saya membaca..tapi saya tak pasti untuk senyum atau berduka bila baca komen-komen yang menyusul di bawahnya. Setiap komen yang saya lihat seolah-olah berkata, "Suami saya seorang lelaki yang tak bertanggungjawab dan tak berguna."
Saya kenal seorang Dato' DO (Pegawai Daerah) WANITA yang beban di bahunya cukup berat, tetapi seorang yang sangat lembut tutur bicara dan budi pekerti walaupun sedang marah. Saya juga kenal suami beliau, juga seorang Dato' yang tanggungjawabnya besar. Juga seorang insan yang rendah diri dan manis tutur kata.
Saya kenal seorang Professor Dr WANITA yang bertanggungjawab sebagai Pengarah, tetapi masih tersenyum manis setiap kali berjumpa dan berbicara. Saya pernah lihat beliau marah, sebab dulu beliau merupakan penyelia saya. Tapi marahnya tak seganas singa.
Saya pernah lihat wanita yang suaminya punya segala. Cuma perlu rehat di rumah dan menjaga keluarga. Makan pakai pun ada pembantu rumah menjaga. Tapi perangai bila marah masih macam ungka.
Jadi saya tertanya. Betulkah pendapat yang diutara di bawah ini? Atau ini bertitik tolak dari keperibadian sendiri?
Alhamdulillah.. Walau saya bukan suami yang cukup baik dan sempurna, isteri saya masih tidak tergamak memalukan saya di khalayak dengan menggambarkan saya seorang suami yang tak berguna.

Google je. Apa susah?

Respon yang tak seronok bagi saya bila bertanya soalan kepada seseorang...
"Google je, kan senang."
Google tiada rasa kemesraan yang ada dalam interaksi dengan teman dan kawan.
Betul, saya boleh dapat jawapan dari Google. Tapi Google tak berbual dengan saya sebagai seorang insan.

Thursday, June 26, 2014

Do Not Employ...

3 people I don't want working for me, or working with me;
1. Overzealous
2. Negative
3. Hypocrite

Friday, May 16, 2014

Terima Kasih Cikgu...

Selamat Hari Guru dan terima kasih kepada semua guru-guru/pendidik yang telah mendidik saya sejak TADIKA KEMAS Kg Selamat, SK Tasek Gelugor, SMK Bakti Tasek Gelugor, MRSM Balik Pulau, UTM Skudai, ITTAR/UNITAR Johor Bahru.
Tak lupa juga rakan-rakan yang berkhidmat sebagai guru/pendidik.
Didoakan Allah memberkati dan merahmati usaha kalian.
Saya tujukan lagu "Kami Guru Malaysia" ini buat semua. (Sila pasang Radio Malaysia). 
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Usman Awang

Monday, April 28, 2014

Roundabout...

Tolong belajar undang-undang jalanraya boleh tak (orang Johor/orang luar yang tinggal sekitar Skudai, Johor)? Sekolah memandu tak ajar ekkkkk?
Peraturan di BULATAN...kenderaan yang BELUM MASUK BULATAN BERHENTI DAN BERI LALUAN.
BUKAN... kenderaan di dalam bulatan berhenti di tengah-tengah bulatan sebab kenderaan di luar bulatan sukahati mak abah dia tak nak berhenti...

Tuesday, April 15, 2014

Jukebox Minda

Lagu daripada King of Pop yang terngiang-ngiang di telinga hari ni.

Childhood - Michael Jackson

Have you seen my Childhood?
I'm searching for the world that I come from
'Cause I've been looking around
In the lost and found of my heart...
No one understands me
They view it as such strange eccentricities...
'Cause I keep kidding around
Like a child, but pardon me...

People say I'm not okay
'Cause I love such elementary things...
It's been my fate to compensate,
for the Childhood
I've never known...

Have you seen my Childhood?
I'm searching for that wonder in my youth
Like pirates in adventurous dreams,
Of conquest and kings on the throne...

Before you judge me, try hard to love me,
Look within your heart then ask,
Have you seen my Childhood?

People say I'm strange that way
'Cause I love such elementary things,
It's been my fate to compensate,
for the Childhood I've never known...

Have you seen my Childhood?
I'm searching for that wonder in my youth
Like fantastical stories to share
The dreams I would dare, watch me fly...

Before you judge me, try hard to love me.
The painful youth I've had

Have you seen my Childhood...

Credit : http://www.azlyrics.com

Thursday, April 10, 2014

Belajar Bahasa Korea

Sekarang tengah up dengan KPop dan KDrama kan? Kalau minat nak belajar Bahasa Korea, dan tinggal tak jauh dari Shah Alam boleh la try kelas yang kawan uncle buat ni. Cubalah ye.


Tuesday, April 08, 2014

Belanjawan 2013 - PTPTN

Ingat lagi Belanjawan 2013?

Bayaran balik PTPTN...diskaun 10% jika bayar konsisten...bermula Oktober 2012...blablabla

Ya bahagian itu.

Sila semak penyata pembayaran balik. Kalau tiada apa-apa yang tunjukkan potongan itu dalam penyata, sila hubungi PTPTN. Mereka akan bantu maklumkan untuk potongan tersebut.

Bukan semua automatik, harap maklum. (dipetik daripada perbualan telefon dengan pegawai PTPTN)

Mainan Tidur?

Sekiranya...

Anda mengalami peristiwa yang pelik, aneh, mendebarkan dan membuat anda panik (hilang barang/orang penting, kemalangan tetapi anda tidak cedera teruk dan seumpamanya).

Cuba periksa.

*Adakah persekitaran anda nampak normal?

*Kenapa dan bagaimana anda boleh berada di situ?

*Siapakah orang-orang di sekeliling anda?

Jika merasa ganjil, kebarangkalian anda sedang dipermainkan di alam mimpi. Usahakan untuk mengejutkan diri anda dan istighfar.

p.s.: Dua kali terkena malam tadi. Astaghfirullah al 'azim.

Monday, April 07, 2014

Lawak ke? Sopan la sikit.

Bismillah...bicara pagi Isnin.

Ignorance never seizes to amaze...

"Lawak" (kalau lawak la) yang sangat tidak sesuai di khalayak ramai adalah termasuk ini...

Melaungkan dengan kuat,

"Anak engkau ke?"

di saat si polan ayah itu diraikan kerana baru menimang cahayamata pertama.

Mungkin sesama sendiri boleh ditolak ansur, walaupun sebenarnya itu membawa pengertian yang sangat buruk.

Kita pula orang Islam, Melayu pula. Kata Melayu berbudi bahasa.

Astaghfirullah...

Tuesday, April 01, 2014

Cikgu Bahasa Inggeris

Bila dipersoal...

"Kenapa macam tak pernah cukup cikgu-cikgu Bahasa Inggeris di sekolah?"
"Yang ada pun macam salah ajar budak-budak?"

Jawapan dari saya...

Sebab kamu, aku dan ramai lagi kawan-kawan yang kita tahu "layak" dan telah dilatih untuk jadi cikgu Bahasa Inggeris memilih untuk tidak mengajar di sekolah.

Sudahnya cikgu Matematik, cikgu Sejarah, cikgu PJK, cikgu KH, cikgu Fizik, cikgu Kimia, cikgu Biologi, cikgu Perakaunan, cikgu Bahasa Melayu pun terpaksa ajar Bahasa Inggeris.

Dah gitu, hargailah usaha mereka. Tolong-tolonglah mana yang patut.

TESL, SEFL, SEEL?

Betullah tu...

Kelulusan ijazahnya namanya TESL (Teaching English as Second Language)...

bukan SEFL (Speaking English as First Language) atau SEEL (Speaking English as Everyday Language)...

Jadi normallah bila gunakan bahasa ibunda dalam perbualan sesama sendiri bila-bila masa pun... 

My Grandfather's Road

Bila tinggal di Johor Bahru, kelebihan dalam siaran televisyen adalah kami menerima siaran TV Singapura dengan jelas (TV1 tak dapat ye..masalah). Di rumah kami juga tidak melanggan siaran TV berbayar Astro (tiada keperluan).

Jadi kami dapat menonton kepelbagaian siaran TV Malaysia dan TV Singapura.

Rancangan terbaru yang menarik perhatian saya di Ch 5 Singapura adalah "My Grandfather's Road." Ia mengingatkan saya kepada seseorang yang saya jumpa di Kuantan, Pahang semasa bertugas di sana tak lama dahulu.

Pernah dijemput untuk makan malam oleh seorang kenalan, bersama beberapa orang yang lain. Tetamu di sebelah saya adalah seorang lelaki Cina saya kira ahli perniagaan tersohor di Kuantan bersama isteri. Dalam perbualan kami dia berkata,

"You know how if you stand in the middle of the road and people scold you saying.. Oi, your father's road ah?"

"I can actually stand in the middle of the road and answer them back.. No, this is my grandfather's road."

Soalan saya, "Which road is that?"

"There, Jalan Wong Ah Jang. He was my grandfather." jawab beliau sambil ketawa.

Ahaha...memang betullah dia boleh cakap begitu.

Saturday, March 22, 2014

Tentang Kereta

Bila enjin kereta Proton Waja Campro anda telah dimatikan, tetapi kipasnya terus berputar sehingga beberapa minit (sehingga 5-10 minit pun)...

- Ertinya kereta anda mengalami KEPANASAN BERLEBIHAN. Kipas itu sedang cuba menyejukkan enjin kereta anda. SILA PERIKSA penyebab kepanasan.

Bila enjin kereta Proton Waja Campro anda sedang hidup, mungkin juga anda sedang memandu dan enjin kereta anda mati tiba-tiba. Anda cuba hidupkan enjin, ia hidup dan mati semula. Bunyinya bukan seperti masalah bateri, alternator, starter, timing belt.

- SILA PERIKSA paras suhu kereta anda. Sistem komputer Proton Waja Campro anda telah diprogramkan untuk mematikan enjin apabila mencapai kepanasan berlebihan. Jadi kereta anda TIDAK akan BERASAP seperti yang biasa anda lihat dalam kesesakan jalanraya.

APA NAK BUAT?

- Biarkan enjin kereta menyejuk selepas beberapa minit (15-20 minit).

- PERIKSA paras cecair penyejuk dalam radiator dan air dalam sub tank.
- Kalau kering sila isikan air dan cecair penyejuk.
- Periksa kebocoran di radiator atau water pump.

- Kalau tak tahu nak periksa semua ini, bila enjin kereta dah sejuk pandu perlahan-lahan ke bengkel berdekatan. Mekanik akan periksa dan beritahu di mana kebocoran yang menyebabkan kereta anda DEMAM PANAS. Sediakan ongkos yang mencukupi.

Notakaki: Jeling-jelinglah meter yang ada di dashboard kereta ye. Janganlah biar sampai kereta tu demam panas, atau demam lain. Nasib baik sistem komputer "cut off" sebelum kereta berasap.

SIAPA KATA KERETA MALAYSIA TAK BAGUS? Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. 

Si Abang Afif

Afif (3 tahun 9 bulan) dan nenek...

Anak nenek (pengasuh) Afif ke kursus luar kawasan 2-3 hari ni. Pelan asal untuk Afif tidur di rumah nenek temankan, sebab kerap benar minta nak tidur. Tapi tiba-tiba nak balik tidur di rumah pula semalam. Pagi ni Mama bawa nenek ke pasar bersama pun, Afif tak nak ditinggalkan di rumah nenek. 

Kata Afif kepada nenek,

"Nenek, hari ni kan cuti. Mama Papa cuti tak kerja. Nenek pun tak kerjalah. Nenek rehat la cuti. Esok Abang Afif datanglah."

Hmmm...

Sunday, March 09, 2014

Tentang Sebar-Menyebar

Bismillah...

Sebagai seorang yang "terpelajar", adalah menjadi satu tanggungjawab untuk menyelidiki kebenaran dan kesahihan sesuatu perkara sebelum mudahnya memberi komen apatah lagi menekan butang "kongsi" kepada seluruh masyarakat.

Ramai yang menangguk di air keruh. Sungguh mudah untuk menghasilkan sesuatu yang palsu dan tidak benar, untuk memporak-perandakan situasi yang sedia buruk. Tak percaya? Mari sini saya buatkan status bodoh untuk FB dan Twitter kamu, seolah kamu sendiri yang menulisnya.

Selalu salahkan pakcik-pakcik yang bergebang di kedai kopi bercerita perkara tak benar. Apa kurangnya kamu? Bezanya kamu lebih hebat, sekali petik beratus malah beribu yang terpedaya. Pakcik-pakcik tu mungkin sekolah pun tak habis. Kamu kan golongan bijak pandai belaka?

Istighfarlah... Astaghfirullah...

Wednesday, March 05, 2014

Public Speaking

People thought that I became a teacher/instructor because talking much and speaking in public has always been what I do or like to do.

On the contrary...

I talk much and speak in public "confidently" only because my job requires me to. I've had nervous breakdown in the past.

Only afterwards that I found the liking to it.

Don't believe me, ask the people who went to school and studied with me.

p.s.: A boy had a nervous breakdown/culture shock today. Had to talk him into doing it.

Tuesday, February 11, 2014

Papa di Mata Afif

Bismillah...

Papa = ???

Petang semalam anak sulung saya Afif buat saya sedar apa pandangan seorang anak kepada ayahnya.

Seperti biasa selepas habis kerja menjemput anak-anak di rumah pengasuh. Tiba di rumah pengasuh saya tak dapat berhentikan kereta di depan rumah kerana lori "uncle" jiran pengasuh ada di situ. Selepas menunggu seketika, akhirnya "uncle" dengan agak kaget memaklumkan lorinya tak dapat dihidupkan, sedangkan sebentar tadi dia dapat keluarkan dari anjung rumah.

Jadi saya keluar dari kereta dan jemput anak-anak dulu dibawa masuk ke kereta. Afif seperti biasa takkan diam saja kalau ternampak sesuatu. Bertubi-tubilah soalan tentang lori "uncle" itu. Bertubi-tubilah juga jawapan yang perlu saya berikan.

Selepas bercakap di telefon dengan rakan atau mekanik mungkin, "uncle" minta pertolongan dari saya. Dia dapatkan tali dan minta saya tarik lorinya dengan kereta saya, dengan harapan dapat hidupkan enjin lori itu. Anak-anak sudah di dalam kereta. Sudah diikat kemas, saya masuk ke dalam kereta dan mula bergerak sambil menarik lori itu. Afif tak henti-henti bertanya macam-macam soalan.

"Papa, kenapa dengan lori tu? Lori tu rosak ke?"

"Papa, lori tu tak boleh hidupkan ke?"

"Papa kena panggil kawan Papa ke?"

"Papa baikilah. Kan hari tu Papa boleh baiki kereta Atuk?"

Setelah berusaha menarik lori itu, masih tak berjaya hidupkan. "Uncle" buat keputusan ke kedai berdekatan memanggil mekanik. Jadi kami menolak lori ke tepi jalan untuk tidak mengganggu laluan.

Bila sudah bersedia untuk teruskan perjalanan pulang, Afif bertanya lagi;

"Papa tak berjaya hidupkan lori tu? Papa cubalah baiki lagi. Dulu kereta Atuk Papa dapat hidupkan."

Masa itulah saya tersedar dan teringat kembali.

..........

Papa/Ayah/Abah/Bapa/Walid sekalian...

Anak anda lihat anda sebagai seorang wira. Baginya, tiada apa yang tidak boleh Papa selesaikan. Papa adalah seorang yang dikaguminya. Papa adalah sanjungannya.

Kami juga anak-anak dahulu. Begitulah juga pandangan kami kepada Abah.

Demi Allah dan Rasul, saya tidak mahu hilang kepercayaan itu dari anak saya.

Inshaa Allah...

Thursday, February 06, 2014

Parenting Today

Ada orang kata, ibu bapa sekarang lebih prihatin/"concern". Setiap perkembangan tumbesaran anak perlu di"monitor". Buku klinik pun dah ada garis panduan apa perkembangan anak pada setiap bulan. Bila anak itu "sepatutnya" merangkak, berjalan, mendengar arahan, bercakap dan sebagainya. Ibu bapa dulu rata-rata mana "peduli" itu semua. Mereka biarkan tumbesaran anak berlaku secara alami.

Ibu bapa dulu pakaikan anak dengan lampin kain. Bila buang air, disalin baru, dibasuh dan dijemur yang kotor untuk diguna semula. Kalau lambat disalin kesian melecet pula kulit si anak. Anak-anak sekarang dipakaikan lampin pakai buang. Bila buang air boleh tahan lagi beberapa jam. Bila dah penuh, baru dibuang. Nanti pakai yang baru pula ye sayang. Tak perlu nak basuh.

Barang permainan macam-macam jenis ada. Mestilah pilih yang baik untuk perkembangan fizikal dan minda. Selagi mampu mesti disedia. Tak nak nanti terlepas katanya. Mahu anak membesar ceria.

Ibu bapa dulu hantar anak ke tadika/taska umur 6 tahun. Ibu bapa sekarang mesti lebih maju. Seawal 3 atau 4 tahun anak dah ke tadika/taska. Ibu bapa dulu tak banyak pilihan, hantar ke tadika paling dekat dengan rumah. Sekarang berbagai pilihan ada, mestilah nak pilih yang terbaik dan terhebat untuk anak kesayangan. Mana boleh setakat bermain bersama-sama kawan. Selain belajar mengaji tulis baca mengira, masukkan sekali bahasa kedua ketiga. Ada masa belajar muzik dan komputer.

Masuk sekolah nanti, pagi petang belajar ye sayang. Kalau pagi sekolah biasa, petang nanti sekolah KAFA. Kalau petang sekolah biasa, pagi pergi sekolah KAFA. Alhamdulillah terdidik dengan panduan agama. Malam pula pergi kelas tambahan. Jangan risau ibu bapa carikan, yang terbaik dalam pasaran. Nak belajar di rumah, ibu bapa tak cukup masa nak ajarkan.

Kalau boleh tinggal di asrama, tak perlu duduk di rumah sentiasa. Boleh belajar berdikari, semua perkara diurus sendiri. Jangan risau, ibu bapa melawat selalu. Nantikan saja hujung minggu.

Cuti sekolah kita jalan-jalan. Kita pilih yang paling meriangkan. Kita ke pantai, pulau, gunung, seberang laut, kalau dapat boleh saja ke bulan. Kalau nak kita ajak sama tok dan tokwan. Balik kampung boleh masa cuti hari kebesaran.

..........

Lebih "concern" atau lebih "kiasu" sebenarnya kita?

Sebelum kata ibu bapa sekarang lebih prihatin tentang perkembangan anak-anak, cuba lihat di mana diri kita sekarang. Hari ini kita jurutera, doktor, akauntan, peniaga, peguam, tokoh korporat, pentadbir, guru pakar.

Rata-ratanya hasil didikan ibu bapa yang lebih masa bersama, mainannya tak seberapa, garangnya macam singa, tapi sayangnya tak dapat diletakkan harga.

Alhamdulillah...

Nota kaki:
Jangan ada yang terasa. Tulisan ini sekadar untuk menghibur dan mengingatkan diri sendiri. Kalau ada yang terbaca, anggap saja sekadar seloka.