Monday, September 08, 2014

Waze? Wes?

Hari ini terserempak dengan sekatan jalan oleh JPJ semasa keluar dari stesen kerja luar menghala pulang ke pejabat. Di lokasi itulah juga pernah disaman kerana tidak memasang tali keledar.
Teringat seorang kawan yang menggunakan aplikasi Waze untuk panduan jalan. Beliau mengajar saya bahawa pengguna Waze boleh melaporkan di mana ada sekatan jalanraya oleh pihak berkuasa, atau dalam bahasa mudah di mana ada bapak Polisi.
Jahilnya saya baru tahu. Rupanya juga Waze itu dah seperti permainan. Lebih banyak yang di"sumbang" lebih mata dikumpul.
Tapi bila saya fikir semula...
Kalau sudah sekatan jalanraya pun boleh dilaporkan untuk makluman semua pengguna Waze, bapak Polisi dan JPJ memang kena tutup kedai awallah. Kalau ramai yang gunakan Waze, ramailah yang sudah tahu lokasi sekatan.
Orang yang melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang jalanraya boleh mengelak jalan tersebut.
Penyeludup yang membawa muatan barangan terlarang boleh melencong ke jalan lain.
Ahli kongsi gelap boleh pusing balik untuk mengelak ditahan.
Penculik dan pengedar dadah boleh mengelakkan sekatan jalanraya tersebut.
.....
Sangat berguna Waze ini. Kalau saya gunakan dulu, mungkin saya dapat elakkan disaman tidak memasang tali keledar.
p.s.: Saya masih tidak gunakan Waze. Cuma ada Google Maps untuk pandu arah bila perlu. Sudah ada Navigator juga dalam Maps itu.

No comments: