Tuesday, September 09, 2014

Berbuat Baik...

Bismillah...
Daripada pemerhatian saya, orang yang tidak biasa kebaikan berlaku ke atas mereka agak cuak (gusar/risau) untuk menerima kebaikan yang ditawarkan kepada mereka. Apatah lagi apabila yang menawarkan kebaikan itu adalah orang yang tidak dikenali.
Contoh mudah;
Ada orang yang cuak untuk menerima pelawaan ditumpangkan menaiki kenderaan oleh pemandu yang melihat beliau/mereka berjalan di tengah panas terik untuk menuju sesuatu destinasi.
Ada orang yang cuak apabila orang asing menawarkan bantuan untuk menjalankan sesuatu masalah atau pekerjaan kerana ternampak perit jerih beliau.
Ada anak kecil pemungut derma yang cuak untuk menerima pelawaan Hamba Allah yang baik hati untuk duduk makan bersama, atau sekadar minum melepaskan dahaga kerana Hamba Allah itu terlihat kepenatan di wajah anak itu.
.....
Perasaan "cuak" ini lazimnya berpunca daripada banyaknya keburukan dan kejahatan yang berlaku di persekitaran kita, sehinggakan untuk menerima sedikit bantuan daripada orang sekeliling juga perlu ditimbangtara sehabisnya.
Terkenang mesej di dalam filem Pay It Forward, lakonan Haley Joel Osment.
Saya biasa berjalan sendirian dengan 2 anak kecil berusia 4 tahun dan 2 tahun. Sulit juga bila membawa troli berisi barangan dengan anak-anak ini, dan seorang ingin ke tandas. Kerana saya percaya masyarakat kita masih masyarakat prihatin, saya mohon bantuan seseorang di situ untuk tengokkan troli barangan saya sementara saya membawa kedua-dua anak ke tandas.
Hakikatnya, saya masih tidak seberani untuk menitipkan salah seorang anak kepada orang asing sementara saya membawa seorang ke tandas.
Saya pernah meninggalkan kunci kereta saya pada seorang gadis pekerja kedai barangan di lapangan terbang, untuk diambil kunci itu oleh seorang kawan yang akan membawa pulang kereta saya.
Saya impikan dunia di mana kita tidak perlu cuak...
Inshaa Allah... Wallahu'alam...

No comments: