Wednesday, September 17, 2014

Hari Malaysia...

Selamat Hari Malaysia! Mari kekalkan perpaduan dan keharmonian antara kita.

Semalam luangkan masa bersama keluarga, tak menulis apa-apa. Jadi hari ini kita menulis kembali.

Malam tadi sempena menyambut Hari Malaysia, saluran TV3 menayangkan sebuah telefilem berjudul "Kereta Kita". Filem yang menerapkan banyak mesej-mesej baik dibarisi pelakon Zamarul Hisyam, Nadia Aqilah, Amyra Rosli dan kemunculan istimewa Dato' Rahim Razali. Filem arahan Feroz Kader yang layak diberi tabik hormat kerana sentuhan yang sangat berkesan. Tema utama berkenaan kereta Nasional pertama, Proton Saga dan bagaimana ia menyentuh hidup masyarakat kita.

Satu petikan yang saya berminat untuk berkongsi pada hari ini, pada babak selepas anak sulung mereka menerima keputusan SPM yang cemerlang. Ayahnya memberi pesanan kepada sang anak.

"Along, ingat pesan Abah. Walau sejauh mana kita pergi, walau setinggi mana jawatan kita, jangan kita lupa dari mana kita datang. Jangan kita sombong dengan orang. Jangan kita lupa tanggungjawab kita pada orang sekeliling."

Lebih kurang begitu intipatinya. Sangat bermakna untuk diingati dan diingatkan.

..........

Zaman sekarang, berapa ramai ibu bapa yang akan berpesan sebegini kepada anak-anak? Yang akan memberikan kata-kata azimat, penawar yang akan membentuk peribadi anak itu yang terbaik?

Sedih bila mengenangkan, ramai anak-anak zaman sekarang tak tahu pun berterima kasih, tak tahu menghormati orang apalagi orang lebih tua. Cakap pun sangat kurang budi bahasanya.



No comments: