Thursday, September 25, 2014

Bila Rasa Susah...


Salam... Uncle dapat ni samada dalam satu majalah atau pun masa hadir bengkel. Tak ingat. Yang Uncle punya tu rekabentuknya posterlah. Yang ini dah dicompress sikit bentuknya. Nak scan poster tu terkoyak sikit. Ambil yang ini sajalah.

Bagus kandungannya, hasil kerja ProductiveMuslim.com.

Inshaa Allah bermanfaat...

Thursday, September 18, 2014

Epilog Seorang Manusia

Dalam perjalanan pagi ini memandu ke pejabat, sempat mendengar siaran radio IKIM.fm. Terdengar sebuah lagu yang sangat menarik dan jujur bagi uncle. Memang pertama kali dengar ni. Jadi di sini uncle kongsikan bersama dengan lirik lagu tersebut untuk dihayati bersama.

Lagu versi "unplugged" ni.

Uncle kongsi video la terus. Tengah belajar embed lagu di blog.



Epilog Seorang Manusia - Fitri's Clique

Kadangkala kita rasa diguna
Demi kepentingan mereka
Kadangkala kita rasa terhina
Rasa kerdilnya di dunia rasa bersendirian

Biarkan kita rasa susah
Jangan biar kita susahkan mereka
Terbitkan keikhlasan hati
Walau kita tak pernah dihargai 

Kehidupan diibarat roda
Yang berputar-putar mencari destinasi
Oh langit tak selalu cerah
Tak selalu mendung
Senyumlah sentiasa
Jangan sedih

Ada yang rasa diri hebat
Jalan dongak ke langit
Pandangan semua orang salah
Dia saja yang betul
Megah berkata-kata
Namun kosong bicara

Astaghfirullahaladzim

Wednesday, September 17, 2014

Hari Malaysia...

Selamat Hari Malaysia! Mari kekalkan perpaduan dan keharmonian antara kita.

Semalam luangkan masa bersama keluarga, tak menulis apa-apa. Jadi hari ini kita menulis kembali.

Malam tadi sempena menyambut Hari Malaysia, saluran TV3 menayangkan sebuah telefilem berjudul "Kereta Kita". Filem yang menerapkan banyak mesej-mesej baik dibarisi pelakon Zamarul Hisyam, Nadia Aqilah, Amyra Rosli dan kemunculan istimewa Dato' Rahim Razali. Filem arahan Feroz Kader yang layak diberi tabik hormat kerana sentuhan yang sangat berkesan. Tema utama berkenaan kereta Nasional pertama, Proton Saga dan bagaimana ia menyentuh hidup masyarakat kita.

Satu petikan yang saya berminat untuk berkongsi pada hari ini, pada babak selepas anak sulung mereka menerima keputusan SPM yang cemerlang. Ayahnya memberi pesanan kepada sang anak.

"Along, ingat pesan Abah. Walau sejauh mana kita pergi, walau setinggi mana jawatan kita, jangan kita lupa dari mana kita datang. Jangan kita sombong dengan orang. Jangan kita lupa tanggungjawab kita pada orang sekeliling."

Lebih kurang begitu intipatinya. Sangat bermakna untuk diingati dan diingatkan.

..........

Zaman sekarang, berapa ramai ibu bapa yang akan berpesan sebegini kepada anak-anak? Yang akan memberikan kata-kata azimat, penawar yang akan membentuk peribadi anak itu yang terbaik?

Sedih bila mengenangkan, ramai anak-anak zaman sekarang tak tahu pun berterima kasih, tak tahu menghormati orang apalagi orang lebih tua. Cakap pun sangat kurang budi bahasanya.



Be awesome

Selamat hari Rabu.

Share wallpaper dengan kata-kata "awesome" daripada Barney Stinson (HIMYM).

Thursday, September 11, 2014

Rise and Shine

Amni Nadzifah is an early riser, a morning person.
Nyanyian dia di pagi hari ni.
"Mama Adik nak kasi..nak kasi..nak kasi.. Mama Adik nak kasi..nak kasi..nak kasi.."
"Kasi apa Adik?"
"Kasi miau makan."
Abang Afif lepas mandi awal pagi ni, pilih baju sendiri macam nak pegi jalan-jalan.
Pagi di mana putera dan puteriku bangun awal. Tak perlu dukung ke dalam kereta.

(^!^)

Wednesday, September 10, 2014

Siakap Senohong...

Pesan orang tua...
"Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri"
Maknanya perbuatan buruk kalau tak dibendung akan jadi lebih buruk. Jahat akan jadi lebih jahat. Orang putih kata "from bad to worse".
"Titir duri selar belacak
Dari kecil mencuri dah besar merompak"
Bendunglah perilaku negatif pada anak-anak kecil. Tanamkan nilai-nilai yang baik.
Inshaa Allah...

Tuesday, September 09, 2014

Berbuat Baik...

Bismillah...
Daripada pemerhatian saya, orang yang tidak biasa kebaikan berlaku ke atas mereka agak cuak (gusar/risau) untuk menerima kebaikan yang ditawarkan kepada mereka. Apatah lagi apabila yang menawarkan kebaikan itu adalah orang yang tidak dikenali.
Contoh mudah;
Ada orang yang cuak untuk menerima pelawaan ditumpangkan menaiki kenderaan oleh pemandu yang melihat beliau/mereka berjalan di tengah panas terik untuk menuju sesuatu destinasi.
Ada orang yang cuak apabila orang asing menawarkan bantuan untuk menjalankan sesuatu masalah atau pekerjaan kerana ternampak perit jerih beliau.
Ada anak kecil pemungut derma yang cuak untuk menerima pelawaan Hamba Allah yang baik hati untuk duduk makan bersama, atau sekadar minum melepaskan dahaga kerana Hamba Allah itu terlihat kepenatan di wajah anak itu.
.....
Perasaan "cuak" ini lazimnya berpunca daripada banyaknya keburukan dan kejahatan yang berlaku di persekitaran kita, sehinggakan untuk menerima sedikit bantuan daripada orang sekeliling juga perlu ditimbangtara sehabisnya.
Terkenang mesej di dalam filem Pay It Forward, lakonan Haley Joel Osment.
Saya biasa berjalan sendirian dengan 2 anak kecil berusia 4 tahun dan 2 tahun. Sulit juga bila membawa troli berisi barangan dengan anak-anak ini, dan seorang ingin ke tandas. Kerana saya percaya masyarakat kita masih masyarakat prihatin, saya mohon bantuan seseorang di situ untuk tengokkan troli barangan saya sementara saya membawa kedua-dua anak ke tandas.
Hakikatnya, saya masih tidak seberani untuk menitipkan salah seorang anak kepada orang asing sementara saya membawa seorang ke tandas.
Saya pernah meninggalkan kunci kereta saya pada seorang gadis pekerja kedai barangan di lapangan terbang, untuk diambil kunci itu oleh seorang kawan yang akan membawa pulang kereta saya.
Saya impikan dunia di mana kita tidak perlu cuak...
Inshaa Allah... Wallahu'alam...

Monday, September 08, 2014

Waze? Wes?

Hari ini terserempak dengan sekatan jalan oleh JPJ semasa keluar dari stesen kerja luar menghala pulang ke pejabat. Di lokasi itulah juga pernah disaman kerana tidak memasang tali keledar.
Teringat seorang kawan yang menggunakan aplikasi Waze untuk panduan jalan. Beliau mengajar saya bahawa pengguna Waze boleh melaporkan di mana ada sekatan jalanraya oleh pihak berkuasa, atau dalam bahasa mudah di mana ada bapak Polisi.
Jahilnya saya baru tahu. Rupanya juga Waze itu dah seperti permainan. Lebih banyak yang di"sumbang" lebih mata dikumpul.
Tapi bila saya fikir semula...
Kalau sudah sekatan jalanraya pun boleh dilaporkan untuk makluman semua pengguna Waze, bapak Polisi dan JPJ memang kena tutup kedai awallah. Kalau ramai yang gunakan Waze, ramailah yang sudah tahu lokasi sekatan.
Orang yang melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang jalanraya boleh mengelak jalan tersebut.
Penyeludup yang membawa muatan barangan terlarang boleh melencong ke jalan lain.
Ahli kongsi gelap boleh pusing balik untuk mengelak ditahan.
Penculik dan pengedar dadah boleh mengelakkan sekatan jalanraya tersebut.
.....
Sangat berguna Waze ini. Kalau saya gunakan dulu, mungkin saya dapat elakkan disaman tidak memasang tali keledar.
p.s.: Saya masih tidak gunakan Waze. Cuma ada Google Maps untuk pandu arah bila perlu. Sudah ada Navigator juga dalam Maps itu.

Sunday, September 07, 2014

Muslim Bakery...

Kalau...saya bertanya pada hari ini, sekarang ini...
"Kenapa susah sangat nak jumpa kedai kek Islam Melayu Halal ni? Dah 2 jam saya merayau."
Jawapan yang hampir pasti saya terima adalah...
"Kedai kek Islam Melayu Halal susah nak bertahan. Orang Islam Melayu yang mementingkan Halal sendiri pun lebih suka membeli di Secret Recipe, Season, SDS, Lavender. Mereka sendiri tak menyokong kedai kek Islam Melayu Halal. Macamana nak bertahan, apa lagi bersaing?"
Benarkah? Betulkah?
Yang pasti, perhatikan struktur dan maksud ayat. Kesalahan utama diletakkan pada pembeli dan pelanggan dahulu.
Orang Kuantan, apa nama kedai kek Islam Melayu berhampiran Hotel Megaview di tepi sungai tu? Masih bertahankah? Pernah membeli kek di sana dulu. Kalau masih bertahan nak juga tahu rahsia beliau.
.....
Akhirnya, saya terpaksa berhenti mencari kek di kedai Season tak jauh dari rumah.
p.s.: Saya tidak mempertikaikan status HALAL kedai-kedai yang saya sebutkan di atas yang telah diberikan oleh JAKIM. Cuma terasa nak usaha mencari kedai kek Islam Melayu Halal. Yang ada pun bertutup rapat pula hari ini. Kalau cuma hari ini.
p.s.2: Jangan suruh saya buka kedai kek Islam Melayu sendiri. Itu bukan bidang saya. Kalau ada yang nak ajak berkongsi inshaa Allah.
p.s.3: Saya mencari kedai untuk terus membeli. Memang saya tahu ada yang mengambil tempahan. Kalau benda dirancang memang saya boleh buat tempahan dahulu.

Friday, September 05, 2014

Dakwah @ Hiburan?

Bismillahirrahmanirrahim...
Terlebih dahulu saya mohon maaf atas kandungan yang bakal menyusul dalam posting ini.
Secara peribadi...
Saya tidak setuju dengan konsep "Dakwah" yang dijadikan "Persembahan/Pertandingan".
Tidak terasa keikhlasan dalam mesej yang disampaikan. Tidak sampai menyentuh dan menusuk di hati.
Maafkan saya yang daif ini.
Wallahu'alam... Astaghfirullah...

Tuesday, September 02, 2014