Saturday, March 22, 2014

Tentang Kereta

Bila enjin kereta Proton Waja Campro anda telah dimatikan, tetapi kipasnya terus berputar sehingga beberapa minit (sehingga 5-10 minit pun)...

- Ertinya kereta anda mengalami KEPANASAN BERLEBIHAN. Kipas itu sedang cuba menyejukkan enjin kereta anda. SILA PERIKSA penyebab kepanasan.

Bila enjin kereta Proton Waja Campro anda sedang hidup, mungkin juga anda sedang memandu dan enjin kereta anda mati tiba-tiba. Anda cuba hidupkan enjin, ia hidup dan mati semula. Bunyinya bukan seperti masalah bateri, alternator, starter, timing belt.

- SILA PERIKSA paras suhu kereta anda. Sistem komputer Proton Waja Campro anda telah diprogramkan untuk mematikan enjin apabila mencapai kepanasan berlebihan. Jadi kereta anda TIDAK akan BERASAP seperti yang biasa anda lihat dalam kesesakan jalanraya.

APA NAK BUAT?

- Biarkan enjin kereta menyejuk selepas beberapa minit (15-20 minit).

- PERIKSA paras cecair penyejuk dalam radiator dan air dalam sub tank.
- Kalau kering sila isikan air dan cecair penyejuk.
- Periksa kebocoran di radiator atau water pump.

- Kalau tak tahu nak periksa semua ini, bila enjin kereta dah sejuk pandu perlahan-lahan ke bengkel berdekatan. Mekanik akan periksa dan beritahu di mana kebocoran yang menyebabkan kereta anda DEMAM PANAS. Sediakan ongkos yang mencukupi.

Notakaki: Jeling-jelinglah meter yang ada di dashboard kereta ye. Janganlah biar sampai kereta tu demam panas, atau demam lain. Nasib baik sistem komputer "cut off" sebelum kereta berasap.

SIAPA KATA KERETA MALAYSIA TAK BAGUS? Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. 

No comments: