Friday, May 16, 2014

Terima Kasih Cikgu...

Selamat Hari Guru dan terima kasih kepada semua guru-guru/pendidik yang telah mendidik saya sejak TADIKA KEMAS Kg Selamat, SK Tasek Gelugor, SMK Bakti Tasek Gelugor, MRSM Balik Pulau, UTM Skudai, ITTAR/UNITAR Johor Bahru.
Tak lupa juga rakan-rakan yang berkhidmat sebagai guru/pendidik.
Didoakan Allah memberkati dan merahmati usaha kalian.
Saya tujukan lagu "Kami Guru Malaysia" ini buat semua. (Sila pasang Radio Malaysia). 
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Usman Awang

Monday, April 28, 2014

Roundabout...

Tolong belajar undang-undang jalanraya boleh tak (orang Johor/orang luar yang tinggal sekitar Skudai, Johor)? Sekolah memandu tak ajar ekkkkk?
Peraturan di BULATAN...kenderaan yang BELUM MASUK BULATAN BERHENTI DAN BERI LALUAN.
BUKAN... kenderaan di dalam bulatan berhenti di tengah-tengah bulatan sebab kenderaan di luar bulatan sukahati mak abah dia tak nak berhenti...

Tuesday, April 15, 2014

Jukebox Minda

Lagu daripada King of Pop yang terngiang-ngiang di telinga hari ni.

Childhood - Michael Jackson

Have you seen my Childhood?
I'm searching for the world that I come from
'Cause I've been looking around
In the lost and found of my heart...
No one understands me
They view it as such strange eccentricities...
'Cause I keep kidding around
Like a child, but pardon me...

People say I'm not okay
'Cause I love such elementary things...
It's been my fate to compensate,
for the Childhood
I've never known...

Have you seen my Childhood?
I'm searching for that wonder in my youth
Like pirates in adventurous dreams,
Of conquest and kings on the throne...

Before you judge me, try hard to love me,
Look within your heart then ask,
Have you seen my Childhood?

People say I'm strange that way
'Cause I love such elementary things,
It's been my fate to compensate,
for the Childhood I've never known...

Have you seen my Childhood?
I'm searching for that wonder in my youth
Like fantastical stories to share
The dreams I would dare, watch me fly...

Before you judge me, try hard to love me.
The painful youth I've had

Have you seen my Childhood...

Credit : http://www.azlyrics.com

Thursday, April 10, 2014

Belajar Bahasa Korea

Sekarang tengah up dengan KPop dan KDrama kan? Kalau minat nak belajar Bahasa Korea, dan tinggal tak jauh dari Shah Alam boleh la try kelas yang kawan uncle buat ni. Cubalah ye.


Tuesday, April 08, 2014

Belanjawan 2013 - PTPTN

Ingat lagi Belanjawan 2013?

Bayaran balik PTPTN...diskaun 10% jika bayar konsisten...bermula Oktober 2012...blablabla

Ya bahagian itu.

Sila semak penyata pembayaran balik. Kalau tiada apa-apa yang tunjukkan potongan itu dalam penyata, sila hubungi PTPTN. Mereka akan bantu maklumkan untuk potongan tersebut.

Bukan semua automatik, harap maklum. (dipetik daripada perbualan telefon dengan pegawai PTPTN)

Mainan Tidur?

Sekiranya...

Anda mengalami peristiwa yang pelik, aneh, mendebarkan dan membuat anda panik (hilang barang/orang penting, kemalangan tetapi anda tidak cedera teruk dan seumpamanya).

Cuba periksa.

*Adakah persekitaran anda nampak normal?

*Kenapa dan bagaimana anda boleh berada di situ?

*Siapakah orang-orang di sekeliling anda?

Jika merasa ganjil, kebarangkalian anda sedang dipermainkan di alam mimpi. Usahakan untuk mengejutkan diri anda dan istighfar.

p.s.: Dua kali terkena malam tadi. Astaghfirullah al 'azim.

Monday, April 07, 2014

Lawak ke? Sopan la sikit.

Bismillah...bicara pagi Isnin.

Ignorance never seizes to amaze...

"Lawak" (kalau lawak la) yang sangat tidak sesuai di khalayak ramai adalah termasuk ini...

Melaungkan dengan kuat,

"Anak engkau ke?"

di saat si polan ayah itu diraikan kerana baru menimang cahayamata pertama.

Mungkin sesama sendiri boleh ditolak ansur, walaupun sebenarnya itu membawa pengertian yang sangat buruk.

Kita pula orang Islam, Melayu pula. Kata Melayu berbudi bahasa.

Astaghfirullah...

Tuesday, April 01, 2014

Cikgu Bahasa Inggeris

Bila dipersoal...

"Kenapa macam tak pernah cukup cikgu-cikgu Bahasa Inggeris di sekolah?"
"Yang ada pun macam salah ajar budak-budak?"

Jawapan dari saya...

Sebab kamu, aku dan ramai lagi kawan-kawan yang kita tahu "layak" dan telah dilatih untuk jadi cikgu Bahasa Inggeris memilih untuk tidak mengajar di sekolah.

Sudahnya cikgu Matematik, cikgu Sejarah, cikgu PJK, cikgu KH, cikgu Fizik, cikgu Kimia, cikgu Biologi, cikgu Perakaunan, cikgu Bahasa Melayu pun terpaksa ajar Bahasa Inggeris.

Dah gitu, hargailah usaha mereka. Tolong-tolonglah mana yang patut.

TESL, SEFL, SEEL?

Betullah tu...

Kelulusan ijazahnya namanya TESL (Teaching English as Second Language)...

bukan SEFL (Speaking English as First Language) atau SEEL (Speaking English as Everyday Language)...

Jadi normallah bila gunakan bahasa ibunda dalam perbualan sesama sendiri bila-bila masa pun... 

My Grandfather's Road

Bila tinggal di Johor Bahru, kelebihan dalam siaran televisyen adalah kami menerima siaran TV Singapura dengan jelas (TV1 tak dapat ye..masalah). Di rumah kami juga tidak melanggan siaran TV berbayar Astro (tiada keperluan).

Jadi kami dapat menonton kepelbagaian siaran TV Malaysia dan TV Singapura.

Rancangan terbaru yang menarik perhatian saya di Ch 5 Singapura adalah "My Grandfather's Road." Ia mengingatkan saya kepada seseorang yang saya jumpa di Kuantan, Pahang semasa bertugas di sana tak lama dahulu.

Pernah dijemput untuk makan malam oleh seorang kenalan, bersama beberapa orang yang lain. Tetamu di sebelah saya adalah seorang lelaki Cina saya kira ahli perniagaan tersohor di Kuantan bersama isteri. Dalam perbualan kami dia berkata,

"You know how if you stand in the middle of the road and people scold you saying.. Oi, your father's road ah?"

"I can actually stand in the middle of the road and answer them back.. No, this is my grandfather's road."

Soalan saya, "Which road is that?"

"There, Jalan Wong Ah Jang. He was my grandfather." jawab beliau sambil ketawa.

Ahaha...memang betullah dia boleh cakap begitu.

Saturday, March 22, 2014

Tentang Kereta

Bila enjin kereta Proton Waja Campro anda telah dimatikan, tetapi kipasnya terus berputar sehingga beberapa minit (sehingga 5-10 minit pun)...

- Ertinya kereta anda mengalami KEPANASAN BERLEBIHAN. Kipas itu sedang cuba menyejukkan enjin kereta anda. SILA PERIKSA penyebab kepanasan.

Bila enjin kereta Proton Waja Campro anda sedang hidup, mungkin juga anda sedang memandu dan enjin kereta anda mati tiba-tiba. Anda cuba hidupkan enjin, ia hidup dan mati semula. Bunyinya bukan seperti masalah bateri, alternator, starter, timing belt.

- SILA PERIKSA paras suhu kereta anda. Sistem komputer Proton Waja Campro anda telah diprogramkan untuk mematikan enjin apabila mencapai kepanasan berlebihan. Jadi kereta anda TIDAK akan BERASAP seperti yang biasa anda lihat dalam kesesakan jalanraya.

APA NAK BUAT?

- Biarkan enjin kereta menyejuk selepas beberapa minit (15-20 minit).

- PERIKSA paras cecair penyejuk dalam radiator dan air dalam sub tank.
- Kalau kering sila isikan air dan cecair penyejuk.
- Periksa kebocoran di radiator atau water pump.

- Kalau tak tahu nak periksa semua ini, bila enjin kereta dah sejuk pandu perlahan-lahan ke bengkel berdekatan. Mekanik akan periksa dan beritahu di mana kebocoran yang menyebabkan kereta anda DEMAM PANAS. Sediakan ongkos yang mencukupi.

Notakaki: Jeling-jelinglah meter yang ada di dashboard kereta ye. Janganlah biar sampai kereta tu demam panas, atau demam lain. Nasib baik sistem komputer "cut off" sebelum kereta berasap.

SIAPA KATA KERETA MALAYSIA TAK BAGUS? Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. 

Si Abang Afif

Afif (3 tahun 9 bulan) dan nenek...

Anak nenek (pengasuh) Afif ke kursus luar kawasan 2-3 hari ni. Pelan asal untuk Afif tidur di rumah nenek temankan, sebab kerap benar minta nak tidur. Tapi tiba-tiba nak balik tidur di rumah pula semalam. Pagi ni Mama bawa nenek ke pasar bersama pun, Afif tak nak ditinggalkan di rumah nenek. 

Kata Afif kepada nenek,

"Nenek, hari ni kan cuti. Mama Papa cuti tak kerja. Nenek pun tak kerjalah. Nenek rehat la cuti. Esok Abang Afif datanglah."

Hmmm...

Sunday, March 09, 2014

Tentang Sebar-Menyebar

Bismillah...

Sebagai seorang yang "terpelajar", adalah menjadi satu tanggungjawab untuk menyelidiki kebenaran dan kesahihan sesuatu perkara sebelum mudahnya memberi komen apatah lagi menekan butang "kongsi" kepada seluruh masyarakat.

Ramai yang menangguk di air keruh. Sungguh mudah untuk menghasilkan sesuatu yang palsu dan tidak benar, untuk memporak-perandakan situasi yang sedia buruk. Tak percaya? Mari sini saya buatkan status bodoh untuk FB dan Twitter kamu, seolah kamu sendiri yang menulisnya.

Selalu salahkan pakcik-pakcik yang bergebang di kedai kopi bercerita perkara tak benar. Apa kurangnya kamu? Bezanya kamu lebih hebat, sekali petik beratus malah beribu yang terpedaya. Pakcik-pakcik tu mungkin sekolah pun tak habis. Kamu kan golongan bijak pandai belaka?

Istighfarlah... Astaghfirullah...

Wednesday, March 05, 2014

Public Speaking

People thought that I became a teacher/instructor because talking much and speaking in public has always been what I do or like to do.

On the contrary...

I talk much and speak in public "confidently" only because my job requires me to. I've had nervous breakdown in the past.

Only afterwards that I found the liking to it.

Don't believe me, ask the people who went to school and studied with me.

p.s.: A boy had a nervous breakdown/culture shock today. Had to talk him into doing it.

Tuesday, February 11, 2014

Papa di Mata Afif

Bismillah...

Papa = ???

Petang semalam anak sulung saya Afif buat saya sedar apa pandangan seorang anak kepada ayahnya.

Seperti biasa selepas habis kerja menjemput anak-anak di rumah pengasuh. Tiba di rumah pengasuh saya tak dapat berhentikan kereta di depan rumah kerana lori "uncle" jiran pengasuh ada di situ. Selepas menunggu seketika, akhirnya "uncle" dengan agak kaget memaklumkan lorinya tak dapat dihidupkan, sedangkan sebentar tadi dia dapat keluarkan dari anjung rumah.

Jadi saya keluar dari kereta dan jemput anak-anak dulu dibawa masuk ke kereta. Afif seperti biasa takkan diam saja kalau ternampak sesuatu. Bertubi-tubilah soalan tentang lori "uncle" itu. Bertubi-tubilah juga jawapan yang perlu saya berikan.

Selepas bercakap di telefon dengan rakan atau mekanik mungkin, "uncle" minta pertolongan dari saya. Dia dapatkan tali dan minta saya tarik lorinya dengan kereta saya, dengan harapan dapat hidupkan enjin lori itu. Anak-anak sudah di dalam kereta. Sudah diikat kemas, saya masuk ke dalam kereta dan mula bergerak sambil menarik lori itu. Afif tak henti-henti bertanya macam-macam soalan.

"Papa, kenapa dengan lori tu? Lori tu rosak ke?"

"Papa, lori tu tak boleh hidupkan ke?"

"Papa kena panggil kawan Papa ke?"

"Papa baikilah. Kan hari tu Papa boleh baiki kereta Atuk?"

Setelah berusaha menarik lori itu, masih tak berjaya hidupkan. "Uncle" buat keputusan ke kedai berdekatan memanggil mekanik. Jadi kami menolak lori ke tepi jalan untuk tidak mengganggu laluan.

Bila sudah bersedia untuk teruskan perjalanan pulang, Afif bertanya lagi;

"Papa tak berjaya hidupkan lori tu? Papa cubalah baiki lagi. Dulu kereta Atuk Papa dapat hidupkan."

Masa itulah saya tersedar dan teringat kembali.

..........

Papa/Ayah/Abah/Bapa/Walid sekalian...

Anak anda lihat anda sebagai seorang wira. Baginya, tiada apa yang tidak boleh Papa selesaikan. Papa adalah seorang yang dikaguminya. Papa adalah sanjungannya.

Kami juga anak-anak dahulu. Begitulah juga pandangan kami kepada Abah.

Demi Allah dan Rasul, saya tidak mahu hilang kepercayaan itu dari anak saya.

Inshaa Allah...

Thursday, February 06, 2014

Parenting Today

Ada orang kata, ibu bapa sekarang lebih prihatin/"concern". Setiap perkembangan tumbesaran anak perlu di"monitor". Buku klinik pun dah ada garis panduan apa perkembangan anak pada setiap bulan. Bila anak itu "sepatutnya" merangkak, berjalan, mendengar arahan, bercakap dan sebagainya. Ibu bapa dulu rata-rata mana "peduli" itu semua. Mereka biarkan tumbesaran anak berlaku secara alami.

Ibu bapa dulu pakaikan anak dengan lampin kain. Bila buang air, disalin baru, dibasuh dan dijemur yang kotor untuk diguna semula. Kalau lambat disalin kesian melecet pula kulit si anak. Anak-anak sekarang dipakaikan lampin pakai buang. Bila buang air boleh tahan lagi beberapa jam. Bila dah penuh, baru dibuang. Nanti pakai yang baru pula ye sayang. Tak perlu nak basuh.

Barang permainan macam-macam jenis ada. Mestilah pilih yang baik untuk perkembangan fizikal dan minda. Selagi mampu mesti disedia. Tak nak nanti terlepas katanya. Mahu anak membesar ceria.

Ibu bapa dulu hantar anak ke tadika/taska umur 6 tahun. Ibu bapa sekarang mesti lebih maju. Seawal 3 atau 4 tahun anak dah ke tadika/taska. Ibu bapa dulu tak banyak pilihan, hantar ke tadika paling dekat dengan rumah. Sekarang berbagai pilihan ada, mestilah nak pilih yang terbaik dan terhebat untuk anak kesayangan. Mana boleh setakat bermain bersama-sama kawan. Selain belajar mengaji tulis baca mengira, masukkan sekali bahasa kedua ketiga. Ada masa belajar muzik dan komputer.

Masuk sekolah nanti, pagi petang belajar ye sayang. Kalau pagi sekolah biasa, petang nanti sekolah KAFA. Kalau petang sekolah biasa, pagi pergi sekolah KAFA. Alhamdulillah terdidik dengan panduan agama. Malam pula pergi kelas tambahan. Jangan risau ibu bapa carikan, yang terbaik dalam pasaran. Nak belajar di rumah, ibu bapa tak cukup masa nak ajarkan.

Kalau boleh tinggal di asrama, tak perlu duduk di rumah sentiasa. Boleh belajar berdikari, semua perkara diurus sendiri. Jangan risau, ibu bapa melawat selalu. Nantikan saja hujung minggu.

Cuti sekolah kita jalan-jalan. Kita pilih yang paling meriangkan. Kita ke pantai, pulau, gunung, seberang laut, kalau dapat boleh saja ke bulan. Kalau nak kita ajak sama tok dan tokwan. Balik kampung boleh masa cuti hari kebesaran.

..........

Lebih "concern" atau lebih "kiasu" sebenarnya kita?

Sebelum kata ibu bapa sekarang lebih prihatin tentang perkembangan anak-anak, cuba lihat di mana diri kita sekarang. Hari ini kita jurutera, doktor, akauntan, peniaga, peguam, tokoh korporat, pentadbir, guru pakar.

Rata-ratanya hasil didikan ibu bapa yang lebih masa bersama, mainannya tak seberapa, garangnya macam singa, tapi sayangnya tak dapat diletakkan harga.

Alhamdulillah...

Nota kaki:
Jangan ada yang terasa. Tulisan ini sekadar untuk menghibur dan mengingatkan diri sendiri. Kalau ada yang terbaca, anggap saja sekadar seloka. 

Thursday, December 26, 2013

Bukan Cerita PMR

Ini bukan cerita keputusan PMR atau ekonomi Malaysia..

Ramai yang ambil peluang cuti 25 Disember untuk melangsungkan perkahwinan. Senang untuk memperingati tarikh istimewa sebegini. Ini juga tarikh yang diingati dalam keluarga kami.

Hari ini 26 Disember 2013.. Dah 17 tahun arwah Tokwan pergi meninggalkan kami (26 Disember 1996). Aku ingat tarikh ini sebab 25 Disember 1996 adalah majlis perkahwinan sepupuku anak Pak Ngah di kampung. Tokwan juga ada bersama dalam kesibukan majlis. Tiada tanda-tanda langsung beliau akan pergi esoknya. Aku cuma ada seorang Tokwan (sebelah Mak). Tokwan sebelah Abah tak sempat dikenali.

Hari majlis kenduri kahwin seperti biasa, saudara-mara semua berkumpul membantu apa yang boleh. Tokwan selaku mandur memastikan semua berjalan lancar. Selesai majlis di rumah pengantin, kami berehat di rumah Tokwan dan Tok yang tak jauh di dalam kampung yang sama.

Ramai yang dapat berkumpul pada hari itu. Bapa-bapa saudara berbual dengan Tokwan di meja makan. Kami anak-anak kalau tak menonton televisyen tentu tengah main bersama-sama atau bersembang. Tokwan membuat teguran kepada perokok-perokok tegar dalam keluarga;

"Hangpa bila nak berhenti hisap rokok. Aku dah berhenti berapa hari dah pun."

Kemudian Tokwan mula mengira bilangan anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya. Ramai kami ni, aku pun tak ingat berapa jumlah setiap generasi. Tokwan pesan pada semua, jaga keluarga elok-elok. Jangan berpecah-belah, jangan bertelagah.

Malamnya kami pulang ke rumah masing-masing. Rata-ratanya tinggal masih dalam kawasan Seberang Perai/Pulau Pinang, jadi tak jauh pun dari rumah Tokwan dan Tok. Aku tidur awal sebab kepenatan. Sekolah masih bercuti, dan aku belum mula tugasan di kedai koperasi sekolah. Abah kembali bekerja esoknya.

Awal pagi, mak kejutkan aku dari tidur dengan tergesa-gesa. Kejutkan Subuh dan pesan jaga adik. Mak nak ke rumah Tokwan menaiki bas sebab Abah dah pergi bekerja. Kata mak;

"Tokwan jatuh dalam bilik air."

Aku dalam mamai cuma akur dengan arahan.

Tak lama lepas tu bila hari pun dah cerah, telefon rumah berbunyi. Aku dengar suara mak macam menangis. Kata mak;

"Tokwan dah tak ada. Siap mandi semua, kejap lagi Abah ambik di rumah bawak ke rumah Tokwan."

Aku terkedu, tak terkata apa. Baru semalam ramai-ramai melepak dengan Tokwan di rumah. Aku termenung sekejap sementara nak bersiap.

Abah balik untuk membawa kami ke rumah Tokwan. Sampai ke sana jenazah dah dibawa pulang dari hospital. Baru berpeluang mendengar cerita lanjut kejadian pagi tadi.

Tokwan bangun pagi Subuh seperti biasa. Entah macamana Tokwan tergelincir di bilik air dan jatuh. Kepala Tokwan berdarah, tapi Tokwan masih kuat bangun dan memberi arahan kepada Tok untuk panggil Pak Ngah datang ke rumah. Pak Ngah yang majlis kahwin anaknya semalam, rumah tak jauh dari situ. Pak Ngah panggil ambulans ke rumah Tokwan. Bila Tokwan dibaringkan dalam ambulans, kata Pak Ngah Tokwan dah menghembuskan nafas terakhir. Innalillah...

Sampai masa pengkebumian, Pakcik dan Mak Andak belum sampai dari Kuala Lumpur. Pakcik bekerja di Kuala Lumpur, Mak Andak pula berkursus di sana. Keduanya tak pulang semalam untuk majlis kahwin sepupu. Jadi pengkebumian diteruskan tanpa mereka. Mereka sampai di saat akhir sebelum jenazah dimasukkan ke liang lahat. Sempat juga menatap wajah Tokwan untuk kali terakhir. Kata Paklang (juga dari KL) mereka memecut selaju mampu sehingga ditahan polis. Tak ingat samada mereka dilepaskan atau disaman juga.

Minggu berikutnya, aku memulakan tugasan di kedai koperasi sekolah untuk persediaan sesi persekolahan tahun hadapannya. Operasi biasa menjual buku dan alat tulis. Minggu itu juga keputusan PMR aku akan diumumkan. Hari keputusan aku bertugas seperti hari-hari lain. Aku biarkan kawan-kawan lain mengambil keputusan. Maka aku antara orang yang paling lewat menerima keputusan PMR.

Aku cucu yang paling kerap meluangkan masa di rumah Tokwan dan Tok. Aku memang rapat dengan Tok. Tokwan tak banyak berbual. Aku tak ingat pernah berbual panjang dengan Tokwan.

Cerita mak pada aku, Tokwan memang jenis pendiam. Tapi dia selalu tahu cerita tentang pencapaian aku dari kawan-kawannya yang tinggal di kawasan kami. Dari sekolah rendah, pencapaian aku sentiasa tertinggi. Bila setiap tahun aku naik ke pentas, itu jadi kebanggaan kepada Tokwan bila kawannya menyampaikan. Walaupun aku tak pernah dengar dia sendiri menyebutnya kepada aku.

Doaku supaya arwah Tokwan dan Tok ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Inshaa Allah jumpa lagi kita nanti Tokwan dan Tok.

Juga didoakan semua sanak saudara dan umat Islam seluruhnya ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Amin...

Thursday, May 25, 2006

Wow...it has been too long since my last entry (not like I have many entries anyway). A lot has happened within that time, and I mean too much. Have been very very very busy, going places. Organized the most exciting(at least that's what I think, because I was the MC for the whole event) Family Day for my company. Went for PTD assessment. Took some kids to Kelana Jaya for UNITAR Inter RC Debate competition and so much more. I just flew up to Penang last week just to celebrate my Mom's 50th birthday. And I could tell that she was really happy that I did that for her, that I surprised her. Being in Penang for 4 days, I get to visit my old school. A lot has changed. But i'm glad that some things haven't. Being here in JB staying on my own, it's very comforting for me to be back with my family even if it was only for a few days. Really missed seeing the smile on Mom's face. My two princesses Atyra and Afrina are ever so lovely. The torn among the roses, Afiq on the other hand is growing up fast. And I tell you he really loves the chicken soup at Pizza Hut. You can checkout the photos from Mom's birthday party at my Fotopages site rasputin.fotopages.com

Oops...nearly forgot. We're celebrating our colleague's birthday today. Gotta run, will be back writing again soon. Meanwhile, just check out the photos first. Till then, au revoir and enjoy life as it passes us by, for we will never know what we'll encounter along the way.

Tuesday, January 17, 2006

So it begins...

Listen to the Exhortation of the Dawn!

Look to this Day!
For it is Life, the very Life of Life.
In its brief course lie all the
Verities and Realities of your Existence.
The Bliss of Growth,
The Glory of Action,
The Splendor of Beauty;
For Yesterday is but a Dream,
And To-morrow is only a Vision;
But To-day well lived makes
Every Yesterday a Dream of Happiness,
And every Tomorrow a Vision of Hope.
Look well therefore to this Day!
Such is the Salutation of the Dawn!

My 1st blog of de century. Juz tot i wud begin it with a simple quotation, deemed fit for the occasion. 4 de luv of life...let us live it with dignity n integrity.